KELAS USUL AL-DIN ONLINE
7 MEI 2020
KHAMIS
Untuk rujukan semula bagi pelajar tingkatan 4 :)
Terjemahan Tafsir Tajuk 2.5 (Tafsir dan Takwil) >>> https://anyflip.com/zstmn/mwxy
Sila klik pada gambar jika paparan gambar kurang jelas :)
Merujuk kepada link berikut >>> http://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2018/1027-irsyad-2018.pdf
Perbandingan antara tafsir dan takwil menurut ulama-ulama seperti berikut:
1. Abu Mansur
al-Maturidi
-Tafsir ialah berdasarkan huraian dan
dalil-dalil yang disepakati
oleh para ulama tafsir.
-Takwil ialah berdasarkan huraian dan dalil-dalil
yang tidak disepakati oleh para
ulama tafsir.
2. Abu Talib
al-Tha'alabi
-Tafsir ialah penelitian huraian terhadap
maksud ayat-ayat al-Quran
yang tersurat.
-Takwil ialah penelitian huraian terhadap
maksud ayat-ayat al-Quran yang
tersirat.
3. Al-Baghawi dan
al-Kawashi
-Tafsir ialah tumpuan kepada makna zahir
ayat-ayat al-Quran semata-mata.
-Takwil ialah melangkau makna zahir ayat
kepada maksud lain.
4. Al-Alusi
-Tafsir ialah penghuraian terhadap makna
yang hampir dengan sesuatu
ayat.
-Takwil ialah penghuraian terhadap makna yang
jauh dengan sesuatu ayat.
Berikut pula merupakan contoh perbandingan antara terjemahan, tafsir dan takwil melalui firman Allah S.W.T dalam
surah al-Nasr berikut (110: 1):
i. Terjemahan :
(Peralihan daripada bahasa asal kepada bahasa asing mengikut susunan ayat yang difahami oleh pemilik bahasa asing tersebut)
>>> "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan"
ii. Tafsir :
(Penjelasan terhadap sesuatu ayat dengan merujuk fakta daripada hadis - fakta mengenai asbab nuzul ayat - makkiyah atau madaniyah dan sebagainya yang berkaitan dengan ayat yang disepakati oleh kebanyakan ulama)
"Apabila Allah membantumu wahai Muhammad dengan memberikan ‘pertolongan’ untuk
menewaskan orang-orang kafir Quraisy dan memberikan ‘kemenangan’ untuk kembali
menguasai Kota Mekah" (Syaamil al-Quran 2009: 1203).
iii. Takwil :
(Penjelasan tersirat)
Ibn 'Abbas menyebut bahawa ayat ini merupakan sebahagian daripada tanda tibanya hari
kewafatan Nabi S.A.W. Hal ini kerana apabila Islam sudah mendapat kemenangan, bererti
agama ini sudah sempurna. Apabila agama ini sudah sempurna, bererti tugas Rasulullah S.A.W
akan selesai. Apabila tugas baginda S.A.W selesai, bererti baginda S.A.W akan kembali
mengadap Allah S.W.T iaitu wafat (Salah 'Abd al-Fatah 2002: 32-33). Takwil ini berdasarkan
hadis yang diriwayatkan oleh Ibn 'Abbas
Kenapa perlu belajar ilmu tafsir ni ? Supaya kita boleh tahu isi kandungan al-quran dan memudahkan ulama-ulama mengeluarkan hukum daripada al-Quran
Jadi ilmu fiqh misalnya terhasil daripada proses pentafsiran ini.. Dikaji semua aspek.. Dari segi kalimah bahasa arabnya... sirahnya....kepada siapa ayat ini ditujukan..bagaimana ayat tersebut diaplikasikan pada masa kini..
Maudhu' tu maksudnya hadith palsu yang direka-reka..
Bukan sembarangan orang boleh mentafsir ayat-ayat al-Quran. Mereka perlu memiliki syarat-syarat yang tertentu yang digariskan ulama bagi melayakkan mereka mentafsirkan ayat al-Quran. Syarat ini bukan untuk menjadikan umat Islam bersifat jumud (tertutup dan tidak berfikiran terbuka) terhadap ilmu, tapi lebih kepada untuk menjaga isi kandungan al-Quran. Ini disebabkan wujudnya golongan-golongan atau individu-individu tertentu yang sesuka hati mentafsir ayat al-Quran menurut hawa nafsu mereka tanpa mengetahui disiplin-disiplin itu sehingga ada yang memberi cadangan agar tafsiran al-Quran dirombak semula kerana menurut mereka sudah tidak relevan dengan masa kini.
No comments:
Post a Comment